Friday, 28 February 2020

Saya Tidak Akan Bekerjasama Dengan Perasuah - Kata Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.

Dalam kepincangan politik negara yang menyaksikan setiap parti membuat pendirian masing-masing, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu, negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku dan rasuah di mata dunia.

“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, negara yang bebas rasuah, dihormati dan bermaruah,” kata Syed Saddiq dalam video yang dimuat naik di Twitter pagi ini.

“Saya ingin tegaskan satu perkara - saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju mendirikan kerajaan bersama dengan mereka.

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti,” tegas beliau.

Tambah Syed Saddiq, “Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.


“Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah.”

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menjelaskan, beliau tidak pernah menandatangani akaun bersumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dan katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH) akan mengeluarkan kenyataan hari ini.


"I never signed. Tun will be releasing a statement as well. So will PH and others," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pagi ini. 

Armada Bersatu dalam satu kenyataan di Facebook awal pagi ini menyokong keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

“Sekali lagi Armada Bersatu Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan individu yang telah terpalit dengan skandal rasuah dan sedang dalam perbicaraan,” menurut kenyataan itu

Syed Saddiq tidak hadir pada program Rapat Umum Armada Selangor yang dijadual berlangsung semalam di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Menurut jadual asal, Syed Saddiq dan Datuk Seri Rina Mohd Harun sepatutnya hadir berucap pada majlis berkenaan.

Namun, pihak urusetia program memaklumkan kedua-dua mereka tidak akan hadir dan tidak memberi sebab atas ketidakhadiran itu.

Sumber: Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/39cPi1I
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cl04EM
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment