Tular di media sosial tentang nasib yang menimpa enam orang kanak-kanak dengan sekelip mata mereka menjadi yatim piatu setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.
Kejadian ini berlaku di sebuah perkampungan di Kota Balikpapan, Indonesia.
Menurut petikan Tribunnews, ibu bapa anak-anak ini dikatakan meninggal pada hari yang sama.
Tatkala jenazah ibu mereka dimandikan, ayah kepada enam orang anak ini turut ikut ibu mereka ‘pergi’ buat selama-lamanya.
Kini, anak-anak yang masih kecil ini diurus oleh kedua nenek dan atok mereka yang sudah berusia.
Menurut nenek kepada enam cucu ini, anak perempuannya meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi selepas baru beberapa hari melahirkan bayi yang merupakan anak keenam dalam keluarga tersebut.
“Sebelum ini berat anak saya naik ketika memeriksa di pusat kesihatan, bermula dari situ ia sudah tidak normal,” jelas ibu ini dalam keadaan sebak.
Selepas beberapa jam anak perempuannya meninggal, menantunya juga mengalami masalah tekanan darah tinggi dan ikut pergi bersama-sama.
Sumber: Tribunnews via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2TdKi6c
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37YnLzE
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment