Sunday 6 October 2019

Tampar Rakan Sekerja Boleh Mengeratkan Silaturahim


Kebiasaannya aktiviti mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja bertujuan agar mereka lebih produktif bekerja dan ada pelbagai acara yang dilakukan oleh sesebuah syarikat seperti ‘team building‘.

Namun, aktiviti untuk mengeratkan silaturahim pekerja di sebuah salon kecantikan, Jinhuayuan di barat China ini agak berbeza dan unik apabila mereka diarah tampar rakan sekerja untuk tujuan motivasi, mengeratkan hubungan sesama mereka. 

Acara tersebut diadakan di Nanchang, Jiangxi bagi meraikan ulang tahun ke-14 syarikat tersebut, lapor laman South China Morning Post.

Dalam video klip yang viral di internet itu menunjukkan beberapa kakitangan wanita melutut di pentas dan menampar rakan sekerja mereka secara bergilir-gilir. 

Rakaman tersebut menunjukkan 12 orang pekerja di sebuah salun kecantikan melutut di atas pentas dan menampar sesama mereka.


Acara tersebut diadakan di Nanchang, Jiangxi bagi meraikan ulang tahun ke-14 salun kecantikan Jinhuayuan, lapor SCMP.


Menurut seorang pekerja salun itu, aktiviti seperti itu bagus untuk mengeratkan semangat berpasukan dalam kalangan pekerja.

Ia bukanlah sesuatu yang baru di negara itu kerana terlalu banyak aktiviti-aktiviti tahun seperti itu diadakan oleh beberapa syarikat di sana.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33cT0oj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IrPNt6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment