Meski sedap mata memandang namun tak semua wanita tertarik dengan lelaki kacak dan memilih mereka sebagai pasangan hidup.
Mungkin sebab itu juga ramai wanita memilih pasangan yang biasa dari segi rupa paras malah ada yang dilihat sangat berbeza bagai beauty and the beast.
Menariknya ada kajian dibuat tentang perkara ini yang berkait dengan kebahagiaan. Satu kajian saintifik menunjukkan, rata-rata wanita lebih bahagia dengan pasangan yang kurang menarik daripada dirinya sendiri.
Hasil kajian Florida State University menganalisis hubungan 113 pasangan yang baru berkahwin dalam usia 20-an. Tujuannya ialah untuk mengetahui sama ada penampilan menarik seseorang itu adalah kunci kebahagiaan dalam hubungan.
Kajian sebelum ini pada tahun 2011 oleh Journal of Personality and Social Psychology menyebut lelaki biasa dengan isteri cantik umumnya mempunyai perkahwinan yang lebih berkekalan dan bahagia.
Penemuan terbaru ini menyokong kajian di mana ramai wanita memang lebih bahagia dengan lelaki rupa ‘biasa’.
Hasil kajian juga mendedahkan, wanita yang mempunyai suami menarik ternyata lebih bimbang dari segi penampilan mereka dan sanggup berusaha untuk berdiet dan menjaga penampilan. Mereka juga lebih takut jika suami mereka akan dirampas oleh orang lain.
Sebaliknya, isteri-isteri yang mempunyai suami yang kurang menarik, tidak terlalu memaksa diri dari segi penampilan. Mereka juga tidak merasakan keperluan untuk bersaing dengan wanita lain untuk kelihatan cantik.
Ada betulnya juga hasil kajian ini. Tapi kalau dah jodoh dengan lelaki kacak nak buat macam mana kan. Terimalah dengan redha.
LIMA Sebab Lelaki Tak Handsome Selalu Dapat Awek Cun
Bukan nak menafikan "jodoh", tetapi mesti ada yang pelik dan tertanya-tanya kenapa wanita cantik sanggup memilih lelaki yang kurang handsome. Adakah dunia ini tidak adil? Sabar, mari kita kenali 6 punca utama kenapa awek-awek cun boleh tersuka pada lelaki tak kacak.
1. Poket tebal
Senang cerita, no money no talk lah. Ucaplah kata-kata cinta setengah jam sekali pun kalau awek minta belanja tas tangan sekali sekala pun tak mampu, hi hi bye bye la jawabnya.
2. Mulut Lebih Manis Dari Muka
Kebiasaannya kalau lelaki jenis tak ada pakej kat muka, pasti diberi kelebihan ditempat lain iaitu skill mengayat. Bila awek dengar je dia cakap atau berchatting, tak tengok muka pun boleh jatuh cinta. Bila jumpa sekali....... ok tak apalah, dah jatuh cinta kan.
3. Comfirm "Straight"
Biasalah, bila muka tak seberapa jadi senang nak percaya yang dia tu straight atau lelaki sejati. Kebanyakkannya yang terjebak dalam gejala gay adalah yang muka-muka jambu.
4. Tak Perlu Risau Pada Persaingan
Teman wanita yang mempunyai boyfriend yang tak berapa elok parasnya tidak perlu risau boyfriend dicaras oleh wanita lain.
5. Lelaki Tak Handsome Lebih Sedar Diri
Lelaki handsome ni ego lebih sikit sebab dia rasa "market" dia tinggi dan boleh dapat apa dia nak. Tetapi bagi yang muka tak seberapa, bila dapat awek cun memang dia hargai sangat-sangat. Kebarangkalian nak curang tu susah sikit sebab belum tentu dia akan dapat peluang kedua untuk mempunyai awek cun.
Jadi buat brader-brader yang rasa dah habis handsome tapi dapat awek tak seberapa, kena sedar diri. Lihat apa dalam senarai kat atas ni yang korang masih belum lengkap? Renung-renungkan.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2BNcSTz
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2BN7Why
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment