Wednesday, 30 October 2019

Menteri Terkejut Timbalan Umum Pameran Firaun Sempena Tahun Melawat Malaysia


KUCHING – Pameran Firaun Ramses II dan Raja Tut yang dilapor akan dianjurkan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) perlu dibincang di peringkat Kabinet mahupun kementerian terlebih dahulu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi Mohamaddin berkata demikian apabila ditanya akan pameran itu seperti yang diumumkan pada Selasa oleh timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Menurutnya, beliau sendiri tidak tahu bagaimana pengumuman sebegitu boleh dibuat tanpa melalui proses yang sepatutnya.


“Terkejut tidak juga terkejut, pasal perkara begini biasanya tidak boleh jadi. Untuk membawa Firaun ke sini insuransnya sahaja mungkin ratusan juta ringgit kalau kerajaan Mesir lepas, kalau tidak dia lepas, langsung tiadalah pamerannya.

“Ini peringkat tertinggi perlu bincang dengan orang peringkat tertinggi di sana, bukan di peringkat menteri atau timbalan menteri ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pra-Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 peringkat Sarawak, di sini, semalam.

Ditanya lagi sama ada pameran itu akan tetap diadakan memandangkan pengumuman telah dibuat, Mohamaddin berkata beliau tidak pasti kerana ia belum pun dibawa ke perbincangan peringkat kementerian.

Sumber: SuaraTV


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2JCEHCd
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2PED7Ut
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment