Tuesday, 29 October 2019

Gangguan Bekalan Air 23 Jam Di Gombak, Kuala Lumpur Mulai Khamis Ini..


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Sejumlah 120 kawasan di Gombak dan 57 kawasan di Kuala Lumpur melibatkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 23 jam, mulai Khamis ini.

Ia berikutan pelaksanaan kerja kecemasan penggantian injap sluis di kawasan Kolam Air Kepong Estate yang mengalami kebocoran serius, menurut kenyataan Air Selangor hari ini.

“Sehubungan itu, Air Selangor mengeluarkan notis makluman ini agar pelanggan dapat membuat persediaan menghadapi gangguan bekalan air sementara untuk tempoh 23 jam ekoran pelaksanaan kerja penggantian injap bermula 9 malam, Khamis (31 Okt),” kata Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad.

Beliau berkata bekalan akan dibuka sejurus kerja pembaikan siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada 8 malam, Jumaat (1 Nov).


Abdul Raof berkata penggantian injap itu adalah kritikal dan perlu dilaksana segera.

Pelanggan terlibat dinasihatkan menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan dan Air Selangor akan menggerakkan bantuan lori tangki air dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal serta kecemasan.

Pelanggan boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui aplikasi WhatsApp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919.

Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor boleh dihubungi di talian 15300 dan maklumat serta status terkini boleh didapati di laman sesawang www.airselangor.com

Sumber: BERNAMA via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31YlC3M
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31VhWQf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment