Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi.Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan
1. Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon 'Oxytocin'
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3. Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan
Kesan pelukan
Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.
Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.
Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.
Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi sangat pantas.
Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti cortisol dan adrenaline. Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
Pelukan juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stress dan kerisauan. Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi jika suami atau isteri memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan perasaan dalam keadaan kerisauan.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2BN2dIl
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31PGBFX
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment