Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan yang diberi oleh Allah S.W.T. Jadi, sudah tentu kekurangan yang kita lihat secara fizikal tidak bermaksud kita harus menyerah dan memandang rendah kemampuan diri.
Pertama kali dalam sejarah
Pertama kali dalam sejarah apabila Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini melantik individu cacat penglihatan sebagai bilal sekali gus dianggap berjaya mengangkat martabat kumpulan berkenaan.
Dilantik sebagai bilal di masjid terkemuka
Menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada Selangor Kini, seorang pemegang status orang kelainan upaya (OKU) telah diangkat menjadi bilal di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor yang juga merupakan masjid terkemuka di negara.
Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini yang baru berusia 19 tahun merupakan insan yang mengalami cacat penglihatan sejak dari kecil. Beliau, yang berasal dari Kampung Bukit Kerayong Klang itu dilantik jawatan berkenaan pada 1 Ogos lalu selepas berjaya melalui pemilihan Akademi Muazzin.
Tak pernah bermimpi jadi bilal
Mohammad Syafiizwan yang juga pernah menjadi juara Tilawah Al-Quran Braile Kebangsaan pada 2017 turut mengakui tidak pernah bermimpi untuk diangkat sebagai bilal, namun atas sokongan semua pihak, dia beharap kejayaan ini menjadi dorongan untuk golongan senasib menjadi insan yang lebih baik.
“Saya anggap pelantikan sebagai bilal ini juga kejayaan serta dorongan buat golongan senasib, sekiranya kita bersemangat dan mahu keluar dari kepompong sedia ada sudah tentu ALLAH bersedia untuk menunjukkan jalanNya.”
Tambahnya lagi, kejayaan yang dikecapainya sekarang adalah hasil usaha serta sokongan bapanya yang tidak jemu-jemu memberi galakkan. Dia juga telah menemani Syafiizwan menyertai Akademik Muazzin.
“Kejayaan ini juga sudah tentunya atas sokongan keluarga terutamanya ayah saya yang sejak awal menemani ketika menyertai Akademi Muazzin.”
Jadi inspirasi anak muda
Sehubungan dengan itu, tugas harian yang dilakukannya sekarang amat memberi kelainan dan seri kepada masjid tersebut. Kisah Syafiizwan juga bukan sahaja memberi inspirasi, malahan mengangkat insan-insan istimewa ini ke satu tahap yang baik dan peluang yang bagus untuk mereka dalam meneruskan kehidupan.
Sumber : Selangor Kini via https://ift.tt/2FBm52p
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2qWHKPr
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36gmjJ5
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment