Tuesday, 29 October 2019

"Rimas Kami Tengok", Pengasuh Suka Hati Potong Rambut Anak Tanpa Izin


Zaman sekarang ini memang ramai ibu bapa yang selesa hantarkan anak kepada pengasuh. Disebabkan sekarang ini kedua ibu bapa bekerja, jadi anak-anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh.

Kalau sebelum ini banyak kisah berkenaan pengasuh yang berlaku dalam kalangan kita. Kali ini, lain pula kisahnya apabila Wan Nurul Awanis berkongsi tentang rambut anaknya dipotong pengasuh tanpa pengetahuannya!

Rimas tengok panjang-panjang

Ibu bapa manalah yang tak marah apabila anak yang ditinggalkan di pengasuh pulang dalam keadaan macam ini. Rambut anaknya yang panjang telah dipotong pendek kerana alasan rimas melihatnya.



Dan ini bukanlah kali pertama pengasuh itu memotong rambut anaknya. Sebelum ini juga dia pernah melakukan perkara yang sama walaupun tidak sependek kali ini.


Ketika kali pertama dipotong


Selepas bertanyakan kepada pengasuh itu, reaksi yang diberikan seolah-olah apa yang dilakukan itu tidak salah. Sepatutnya sebelum apa-apa, pengasuh perlu minta keizinan daripada ibu bapa dahulu.

Kak nak simpan rambut dia bagi panjang bagi kemas lah. Kami kadang tak sempat nak ikatkan rambut depa.



Tak bayar ikat rambut dia tapi buang masa kami nak kena ikat rambut dia



Kena datang ambil anak tepat jam 5 petang




Kalau dilihatkan pada ‘perbalahan’ yang berlaku diantara dua individu ini, seperti ada isu lama yang diungkit semula yang menyebabkan mereka tidak puas hati antara satu sama lain. Netizen juga turut berkongsikan pandangan mereka dengan apa yang berlaku.

Report je sis, awak ada hak. Akta kanak2 lagi kuat. REPORT. Tak hormat kita sebagai pelanggan dia, kita bayar perkhidman.


Ada ke ckp ikat rambut budak tu buang masa dia. Nampak sgt keja tak ikhlas


Tapi yang pastinya tak patut rasanya nak potong rambut anak orang tanpa keizinan. Dalam apa-apa hal, kena tanya ibu bapa dulu memandangkan kanak-kanak masih bawah umur.

Sumber: Wan Nurul Awanis via amazingnara.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MVuKlr
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WzKzBL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment