Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini mendakwa seorang penjawat awam di atas 104 pertuduhan seks luar tabii kerana meliwat isterinya dan tujuh pertuduhan amang seksual (cabul) terhadap tiga anak perempuannya.
Tertuduh berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu itu didakwa meliwat isterinya sejak Mac hingga Jun lalu dan mencabul tiga anak perempuannya berusia 12, 10 dan lima tahun pada Mei dan Jun lalu.
Tertuduh didakwa meliwat isterinya berusia 37 tahun dengan purata dua atau tiga kali hampir setiap hari bermula 1 Mac hingga 3 Jun lalu antara jam 12.30 tengah malam hingga 11.30 malam, tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Sungai Siput.
Bagi 104 pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan.
Bagi pertuduhan amang seksual, tertuduh didakwa mencabul tiga anak perempuannya pada 4 dan 7 Mei lalu serta 4 Jun lalu di lokasi sama pada jam 6 petang dan 9 malam.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, jika disabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak.
Bagaimanapun, tertuduh memgaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
Pihak pendakwaan membantah tertuduh diberi ikat jamin kerana mangsa membabitkan isteri dan anak-anak yang berkemungkinan tertuduh boleh mengganggu mangsa-mangsanya.
Namun tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan jamin susulan dia tidak lagi tinggal bersama kesemua mangsa-mangsa selain dalam proses perceraian dan hanya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM1,000 sebulan.
Hakim kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 November ini bagi sebutan semula kes.
Sumber: Harian Metro via The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2N0NBeN
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NpMUed
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment