Sunday, 6 October 2019

Hanya Kerana Enggan Makan Hot Dog, Ibu Dan Teman Lelaki Sanggup Belasah Anak Sampai Mati..


Seorang ibu dihukum penjara hampir 20 tahun kerana peranannya dalam kematian anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Anthony Bunn dibelasah sehingga tidak sedarkan diri oleh ibunya dan teman lelaki ibunya kerana enggan makan hot dog. Dia meninggal dunia dua hari kemudian setelah serangan tersebut yang berlaku di rumahnya di Wichita, Kansas, USA.

Ibu Anthony, Elizabeth Woolheater, mengaku bersalah Ogos lepas kerana membunuh tanpa niat dan dua pertuduhan mendera kanak-kanak.


Dia memberitahu, dia memukul Anthony kerana enggan makan hot dog, kemudiannya teman lelakinya, Lucas Diel, menyambung belasah anak itu.



Polis dipanggil kerana Anthony tidak bernafas pada 4 Mei tahun lepas. Polis berkata, mereka tiba di rumah itu dan mendapati Anthony memupunyai kecederaan di muka dan kepala. Mereka bergegas membawanya ke Pusat Perubatan Wesley dalam keadaan kritikal tetapi dia meninggal dunia pada 6 Mei.

Bedah siasat mendapati terdapat pelbagai kecederaan pada tubuh Anthony, termasuk patah tulang, lebam, luka, otaknya bengkak dan dia juga kekurangan zat.


Jumaat lepas, Woolheater dihukum penjara 19 tahun lima bulan. Diel menafikan telah memukul Anthony tetapi didapati bersalah membunuh tanpa niat dan dihukum penjara 49 tahun. Rekod menunjukkan Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga (DCF) pernah diberitahu bahawa Anthony didera sebelum kematiannya.


Datuk Athony, Zak Woolheater berkata, cucunya yang berusia dua tahun itu disifatkan sebagai’ kanak-kanak dua tahun paling mengagumkan anda pernah jumpa.’

Dia menambah, keluarganya mula mengesyaki Anthony didera pada Oktober 2017 apabila melihat kesan lebam pada kepala dan badannya. Zak memberitahu media tempatan:

Kami mengambil tindakan, bawa dia ke Hospital Wesley dan melaporkan kami syak dia didera.


Polis dan DCF telah melakukan siasatan bagaimanapun tidak menemukan cukup bukti untuk mendakwa sesiapa dengan pertuduhan jenayah.

Sumber: Metro UK via amazingnara.com

from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VnqoGj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VkpF8X
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment