SELEPAS koma dua hari akibat kemalangan jalan raya, pelawak Kamal daripada kumpulan Chilok menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.15 petang, Sabtu.
Menurut saudara Allahyarham yang juga penyampai radio, Isma Halil Hamzah, Kamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya kerana komplikasi akibat kemalangan tersebut.
Sementara itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halaman di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan dikebumikan pada pagi Ahad.
Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30, meninggalkan seorang isteri dikenali Bea Zhari yang kini sedang hamil anak sulung.
Pada Khamis, Kamal terbabit kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang selepas menghantar tempahan patin tempoyak seorang pelanggan di Putrajaya.
Dia mengalami kecederaan pada anggota badan serta pendarahan pada kepala dan tidak sedarkan diri.
Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media News https://ift.tt/35raIGJ
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2nJb6zs
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment