Saturday 12 October 2019

Dulu Janji Hapus Tol, Bukan Bagi Diskaun. "Kerajaan PH Mungkir Janji Lagi" - Netizen


PENGUMUMAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung diskaun tol sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun hadapan pada pembentangan Belanjawan 2020, semalam, mengundang kecaman warganet.

Meskipun berita itu dikatakan akan memberi penjimatan kepada pengguna lebuh raya sehingga RM1,130 juta, namun netizen tidak mengendahkannya.

Sebaliknya rata-rata komen menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol seperti dicanang dalam manifesto sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Mohd Khairil Anuar Khalid menulis, "mungkir janji lagi... tak ada janji nak bagi diskaun tol, yang janji nak hapuskan tol... Memang sepenggal dah ni," katanya memenuhi ruang komen Facebook Sinar Harian.


Kenyataan Mohd Khairil juga disokong oleh Mohd Adzlie dengan memberitahu, rakyat tidak mahu diskaun tol tetapi mahukan pemansuhan

Kata Mohd Adzlie pula, "kami tak nak diskaun tol. Kami nak tol dimansuhkan... mana janji kamu PH. Tipu."

Guan Eng semalam berkata, rakyat kini boleh menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun 2020.

Jelasnya, diskaun tol itu akan memberikan penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020 dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

BACA JUGA: LTTE Adalah Pengganas, Bukan Kumpulan Pejuang Hak Etnik - Polis

Beliau berkata, jemaah menteri juga sedang menimbang kesemua cadangan termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad.

Selain daripada diskaun tol, Guan Eng juga memberitahu, pengenalan cas kesesakan pada waktu puncak dan waktu biasa juga diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.

Bukan itu sahaja, rakyat juga bakal menikmati kadar tol untuk kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang yang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2B7SeNq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2M778Ki
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment