Tuesday 22 October 2019

Didiklah Anak Menjadi 'Hamba' Agar Dewasa Kelak Mereka Tak Menjadi 'Raja'


Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.

Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengelap lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi. Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone.

Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja-kerja perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" dari kecil.

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka


Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka

Alasannya?

"Kesian anak tu kecik lagi.."

"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"

"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun, bila balik kampung masih nak menyusahkan ibu dan ayah. Ini terjadi dalam dunia masa kini

Baju suami isteri, anak beranak pun ibu yang basuhkan

Makan suami isteri, anak beranak pun ibu yang masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sejak dari kecil akan membuatkan mereka berasa kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. Mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah ibu bapa mereka. Sementara itu, si anak sedap bergoyang kaki.

Jadinya. pupuklah mereka sejak dari umur dua tahun secara perlahan-lahan dan bersesuaian dengan usia mereka. Bila dewasa kelak, mereka akan mampu berdikari.

  • Usah terlalu kasihankan anak
  • Jangan terlalu memanjakan anak
  • Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
  • Ajar mereka tentang kerja rumah
  • Ajar mereka erti kehidupan
  • Pupuk kesedaran dalam diri mereka


Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.

Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.

Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.

Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.

Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.

Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33NYCWu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2pMdTZq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment