Tuesday 22 October 2019

"Dia Perempuanlah" – Syed Saddiq Sangkal Ada Setiausaha ‘Pondan’, Semua Fitnah


Baru-baru ni, viral di media sosial satu video yang menunjukkan seorang ‘perempuan’ masuk ke pejabat Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tidak pasti siapakah ‘perempuan’ itu dan apakah tujuannya di sana, ramai di kalangan netizen mengandaikan individu tersebut sebenarnya bukan perempuan namun seorang transgender. Eh??

Berikut antara bukti kononnya wanita tu seorang ‘pondan’. Gambar kad driving licence yang tersebar di media sosial.


“Saya dimaklumkan dia ada anak dua orang” – Syed Saddiq


Pantas menjawab gosip netizen, Syed Saddiq hari ini memberi penjelasannya berhubung fitnah dan tohmahan tersebut yang bukan saja terkena pada dirinya, namun wanita di dalam video tular tersebut.

Menurut Astro AWANI, Saddiq dengan tegas nafi melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan transgender. 


Tambahnya lagi, individu yang menemuinya tempoh hari itu merupakan wanita sejati dan sudah pun mempunyai 2 orang anak.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan transgender sampai mereka (netizen) guna perkataan pondan.

“Lepas itu saya terus semak dan dia datang secara berkumpulan, saya dimaklumkan bahawa dia ada anak dua orang, anak kandung,” katanya.

Cleopatra akui seorang ‘single mummy’, kacukan Belanda-Cina


Dalam pada itu, wanita yang dikenali dengan nama Cleopatra ini juga menerusi Instagramnya mengakui bahawa dia seorang ibu tunggal yang memilik dua cahaya mata.

Menerusi deskripsi bio di Instagramnya, Cleopatra mengakui dia berdarah campuran Belanda-Cina dan terlibat dalam bisnes serta politik.

Sabarlah YB… macam-macam dugaan dan fitnah ye sekarang. 

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/31Eu7kv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32KgRfC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment