Friday 11 October 2019

"Di Facebook Nampak Bahagia", Baru Lepas 'Wish Birthday' Romantik, Netizen Terkejut Suspek Sanggup Bertindak Kejam Dekat Isteri


Hari ini kita digemparkan dengan kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun dengan anaknya yang berusia 11 tahun, dipercayai dibunuh oleh suami sendiri.

Berikutan itu, netizen membanjiri ruangan komen di profil fb dipercayai milik suspek berkenaan yang telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal, sedih dan marah atas kesanggupan lelaki berkenaan untuk bertindak sedemikian.

Pada 6 Oktober lalu, suspek dikatakan menghantar kiriman di Facebook miliknya memberi ucapan hari lahir buat isterinya yang tercinta.

“Isteriku, usiamu kini bertambah, sebuah keharusan bagi kita untuk bersyukur kepadanya dengna mengharapkan hal yang lebih baik ke depan untuk semuanya.



“Selamat ulang tahun isteriku tercinta. Semoga selalu diberikan kesihatan, kebaikan, kekuatan dan kejayaan dalam segala urusan.

“Tetaplah menjadi supermom untuk anak-anak kita dengan tetaplah menjadi isteri untukku

“Doa terbaikku selalu mengiringi langkahmu.

“Selamat hari lahir isteriku yang tercinta,” tulis lelaki itu.




“Dia sayang bini dia, tapi kita tak tahu apa yang berlaku masa tu”


“Pagi ucap selamat hari lahir, malam bergaduh dan bunuh..”


“Bila syaitan menguasai diri..”


Setiap manusia ada tahap sabar berbeza, tapi tak patut bertindak demikian


Lagi teruk dari Mona Fandey


Sama ada psiko atau cemburu buta


Semoga Allah tempatkan mangsa dan anaknya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لهم وَارْحَمْهم وَعَافِهم وَاعْفُ عَنْهم وَأَكْرِمْ نُزُلَهم وَوَسِّعْ مُدْخَلَهم

“Ya Allah! Ampunilah mereka, berilah rahmat kepada mereka, selamatkanlah mereka, maafkanlah mereka dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburan mereka.”

Sumber: Siakapkeli.my

from Sehinggit Media News https://ift.tt/2pZfYRA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MLUMqf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment