Friday 11 October 2019

Budak 8 Tahun Mati Lepas Dipukul Ibu Kerana Tak Reti Buat Kerja Sekolah


Sebagai ibu, penting untuk kita kadang-kadang bertegas dengan anak-anak tapi janganlah sampai memudaratkan anak tu sendiri sehingga terjadi kejadian menyayat hati.

Menurut laporan WORLD OF BUZZ, seorang ibu secara tak sengaja telah membunuh anak perempuannya yang berusia 8 tahun sebab budak tersebut sering salah dalam menjawab soalan homework. 

Kejadian yang berlaku di China ini terjadi apabila budak perempuan tu katanya tengah buat homework sambil tonton kartun di TV pada waktu petang. Disebabkan dia tak fokus dalam membuat kerja rumah, budak perempuan tersebut buat banyak kesalahan.

Ibu hilang sabar, pukul belakang kepala anak 

Ibu kepada budak terbabit kemudian memeriksa kerja rumah yang dibuat anaknya dan mendapati budak tersebut telah membuat banyak kesalahan. Akibat geram dan hilang rasa sabar, dia telah memukul anak perempuannya di belakang kepala.


Budak perempuan tersebut menangis akibat tidak tahan menahan kesakitan.

Kasihan melihat keadaan anaknya, si ibu tu kemudian mengambil sepaket kaki ayam dan memberikan ia kepada budak tersebut untuk memujuk. Nasib baiklah anaknya terima pujukan itu dan gembira apabila memakan kaki ayam tersebut.

Ingat kaki ayam diracun, rupanya… 

Tak lama lepas tu, budak perempuan tersebut tiba-tiba mengadu sakit kepala dan muntah-muntah. Emaknya terus bawa ke hospital tetapi tak ada apa yang dia boleh buat kerana anaknya telah disahkan meninggal dunia pada malam tu jugak! Aduhai… 

Emaknya rasa sedih yang teramat dan ingat mungkin kaki ayam yang dimakan anaknya tu beracun serta jadi punca kenapa anaknya meninggal dunia.

Tapi ternyata tekaannya silap kerana doktor beritahu yang anak mati sebab ‘penguncupan serebrum’ – iaitu situasi di mana otak mengalami trauma akibat kecederaan pada tisu otak yang lebam.

Puncanya? 

Akibat pukulan kuat si ibu tu! Aduhai.. Ibu kepada budak perempuan tersebut ternyata sedih dan menyesal atas tindakannya.

Kepada ibu bapa, nak pukul anak tu pun berpada-padalah. Jangan pukul pada bahagian sensitif macam kepala dan muka. Bila dah jadi macam ni, menyesal sungguh kan?

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/35tIyek
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2q762FR
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment