Chef Gordon Ramsay merupakan antara tukang masak paling popular dalam dunia. Ramsay mula dikenali apabila menjadi salah seorang program masakan ‘Masterchef’, antara faktor membuatkannya dikenali ramai adalah karakternya yang serius, jujur dan sikap cintanya terhadap makanan.
Jika anda mengikuti Ramsay di Twitter, dia juga rajin mengkritik makanan-makanan yang dimasak oleh orang ramai. Jadi, bagaimana pula kalau Ramsay memasak makanan yang belum pernah dia lakukan sebelum ini? Jom kita lihat video ini.
Ingin masak pad thai, jadi ke tidak?
Video berdurasi selama 3 minit ini telah dimuat naik di YouTube pada 2011 dimana chef terkenal dari UK, Gordon Ramsay telah ke Wimbledon dalam misinya untuk masak makanan tradisi Thailand, pad thai. Dari segi food presentation, nampak memang lazat tetapi bagi Chef Changc (Chef di restoran tersebut) berkata bahawa rasa pad thai itu tidak kena dengan cita rasanya.
Walaupun video itu sudah lama dirakamkan, namun ia kembali trending dengan jutaan tonton di Twitter. Biarpun bagi Chef Chang rasa pad thai Ramsay banyak kekurangan, anda boleh lihat video di bawah bahawa pada tetamu agak berselera makan makanan yang dimasak oleh Ramsay. Lain orang, lain citarasa bukan?
Sumber: OHBULAN
Sumber: OHBULAN
from Sehinggit Media https://ift.tt/2JnGqto
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2uR80Mj
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment