Saturday 7 April 2018

Ujian Makmal Sahkan Rizalman Bebas Dadah


KUALA LUMPUR - Ujian air kencing Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar disahkan bebas daripada dadah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berdasarkan hasil ujian Mmakmal Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanpun ujian makmal terhadap air kencing sembilan lagi individu yang ditahan bersama Rizalman belum diperolehi.

"Untuk makluman pihak polis melaksanakan tanggungjawab ini secara professional. Pihak pegawai penyiasat polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menghantar sampel urin (saringan awal) yang diambil terhadap Rizalman dengan baik dan selamat.

”Kemudian dihantar kepada pihak Patologi HKL. Memandang kes ini kes menarik perhatian umum dan melibatkan orang kenamaan, polis telah memohon HKL menyegerakan ujian air kencing Rizalman.

"HKL telah mengeluarkan keputusan setelah ujian dibuat adalah negatif dan polis telah rujuk kes ini kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) dan arahan kes tiada tindakan lanjut terhadap Rizalman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, dalam satu sidang media Rizalman berkata, beliau diperangkap atas motif politik berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Isnin.

Memetik laporan Astro Awani, Rizalman mendakwa, serbuan itu memang khusus disasarkan kepada beliau dan rakan-rakannya memandangkan pasukan polis hanya memeriksa biliknya tanpa membuat pemeriksaan di bilik-bilik lain di premis tersebut.

Beliau turut mempertikai keputusan saringan ujian air kencing yang dikatakan positif, sedangkan mereka tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

"Saya mengaku bahawa saya merupakan individu yang ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara baru-baru ini.

"Tetapi saya menafikan saya terlibat dalam penyalahgunaan dadah seperti yang dilaporkan. Saya yakin ia adalah perangkap ke atas diri saya yang bertujuan merosakkan nama saya," katanya.

Sehubungan itu, Rizalman menegaskan akan menggunakan segala saluran perundangan yang ada untuk membersihkan nama beliau.

Dalam satu laporan portal media yang memetik sumber pegawai kanan polis berkata, operasi berkenaan adalah inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Polis diminta untuk membantu oleh pihak SPRM," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2uZRMAy
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qdf01p
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment