Wednesday 4 April 2018

"Ucapan ‘Good Morning’ Hanya Tinggal ‘Grey Tick’…" - Bekas Pelajar AF 2016 Meninggal Dunia, Teman Wanita Luah Rasa Sedih Di FB..


TUARAN: Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 25, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli - Ranau dekat Kampung Kelawat, Tamparuli

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Zahrul Hilmi atau lebih lebih dikenali sebagai Emy maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata nahas itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z800 dari arah Tamparuli menghala ke Ranau dipercayai hilang kawalan sebaik melalui selekoh di laluan berbukit.

"Susulan itu, motosikal mangsa memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tiga tan dipandu lelaki berusia 55 tahun.

Aktif mengadakan ‘busking’ di Sabah.

Bekas pelajar AF 2016 yang berasal dari Kampung Selupoh, Tuaran kini adalah anggota kumpulan Buska Basker yang aktif membuat persembahan sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.


Arwah ada merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama teman wanitannya yang dikenali sebagai Cathy Alkantara, namun semuanya tidak kesampaian apabila ajal teman lelakinya ‘datang’ terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, teman wanitanya itu, Cathy turut meluah rasa sedih dan simpati atas pemergian teman lelakinya itu. Beliau juga telah memuat naik status dan gambar throwback bersama arwah di akaun Facebook miliknya.



“Untuk mengubat hati sendiri…”


“Separuh jiwaku pergi…”


“Rindu yang teramat dalam…”


Gambar kenangan bersama arwah. Cathy juga telah memuat naik gambar kenangan bersama arwah di akaun Facebook miliknya.



Komen dari kawan-kawan mereka yang ‘mengusik’ agar cepat-cepat kawin.




Cathy dan arwah yang saling membalas komen ‘sweet’ di Facebook.


Menurut ahli keluarga bekas pelajar Akademi Fantasia 2016 itu, arwah akan dikebumikan jam 9 pagi pada esok hari (5 April) di Tanah Perkuburan Kg Simpangan Tuaran.

Semoga Cathy dan ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada Zahrul Hilmi semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: https://ift.tt/2gd4Ye1


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Gvqg3q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2q4vN5S
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment