Sifat dan naluri sebagai seorang bapa membuatkan suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz ingin membantu seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema tahap kritikal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram lawak_ker_der pada dua hari lalu, admin page yang mempunyai 690,000 pengikut itu telah memuat naik ‘screenshot’ sebuah status daripada seorang lelaki memohon doa buat anaknya yang menanggung kesakitan.
Lelaki berkenaan, Danial Rayyan menjelaskan bahawa anaknya kini menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk serta diberi rawatan pada setiap minggu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat. Anak saya disahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,”. Tulisnya menerusi laman Facebook pada 4 April lalu.
Nedim pada ruangan komen memaklumkan dia sedia menanggung kos perubatan bayi tersebut termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.
Perkara itu menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji usaha dan niat murni untuk membantu bayi dan meringankan beban keluarga tersebut.
Sumber: http://www.ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/2qcRVfw
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GHTiJ3
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment