Sunday 1 April 2018

Perogol, Pembunuh Bersiri Yang Digelar "Jack The Ripper" Buru Wanita Pakai Baju Merah Dihukum Mati..


SEORANG pembunuh bersiri yang digelar "Jack the Ripper" dari China yang mensasarkan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan yang memakai pakaian berwarna merah telah dijatuhi hukuman mati kerana telah membunuh seramai 11 orang, termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun.

Gao Chengyong, 54, pada Sabtu dihukum oleh mahkamah China di atas jenayah kejam yang dilakukannya selama 14 tahun, laporan sebuah stesen televisyen negeri di negara itu.

Chengyong dibicarakan atas pelbagai kesalahan seperti membunuh, rogol, rompakan dan penghapusan mayat-mayat mangsanya.

Suspek mengaku membunuh 11 orang antara tahun 1988 dan 2002 di bandar Baiyin, barat laut China di wilayah Gansu dan Baotou di wilayah utara Inner Mongolia, kata laporan itu.

Usia mangsa yang termuda adalah seorang gadis berusia lapan tahun.

Chengyong ditangkap di kedai runcitnya pada 2016 berikutan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kejadian jenayah yang tidak berkaitan dengannya, tetapi telah dilakukan oleh salah seorang saudaranya.

Rakyat negara itu terlalu takut untuk meninggalkan rumah mereka kerana bimbang akan menjadi mangsa pembunuhan tragis yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai 'reclusive' dan 'kebencian' yang mendalam terhadap wanita.

Selama 14 tahun, Chengyong meluahkan kebenciannya terhadap wanita yang berpakaian merah.

Dia mensasarkan mereka yang tinggal bersendirian, kemudian mengekori mereka pulang ke rumah.

Mangsa kemudiannya diperkosa, dibunuh dan bagi kebanyakan kes, mayat mereka dihapuskan.

Pembunuh bersiri itu 'terselamat' untuk tempoh yang lama kerana dia bijak berhati-hati, tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Kejahatan 'Jack the Ripper' itu akhirnya terbongkar pada Ogos 2016 ketika dia ditahan di sebuah kedai runcit di wilayah Gansu.

Polis akhirnya berjaya menjejaki suspek yang merupakan seorang lelaki yang sudah berkahwin, bapa kepada dua orang anak dan seorang pemilik kedai runcit. - News Australia

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2H37JZk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2EbGJDI
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment