Bukan mudah untuk wanita yang baru saja berpisah dan berstatus janda menggalas tanggungjawab menguruskan kebajikan anak. Walaupun Intan Liana sudah sah bercerai dengan bekas suami, Ude Wahid namun, dia harus tabah untuk menjalani kehidupan dan mencari rezeki.
Terbaru, Intan memuat naik status di laman Instagram seolah berkongsi rasa beban selepas bergelar ibu tunggal. Mana tidaknya, dia juga perlu keluar mencari sumber rezeki buat anak dan pulang untuk menguruskan rumah pula. Namun, disebalik kejadian ini pasti ada hikmah dan ganjaran yang bakal menanti.
Bonda boleh
Berdasarkan gambar ini dapat ditaksirkan bahawa keadaan Intan Liana sekarang sangat sibuk dalam menguruskan hal rumah tangga bersendirian. Ternyata ini adalah tanggungjawab dan beban yang perlu digalas dia dalam mencari sumber pendapatan dan menjaga kebajikan anaknya.
Maaf teremosi
Kenyataan ini diambil dari IG story akaun Intan sendiri memohon maaf atas setiap status emosi yang dinyatakan laman media sosial miliknya. Apa yang dilakukan dia adalah bersebab untuk mendapatkan hak bersuara. Namun, disalah ertikan netizen yang telah DM Intan menegur supaya lebih yakin apabila bercakap di hadapan masyarakat.
Bila diam salah, nak bersuara pun salah
Malah, dia juga menerima setiap teguran dari netizen dalam membaiki dirinya. Sebagai manusia biasa, dia juga memerlukan kata sokongan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
Allah sentiasa ada
Abaikan anasir negatif
Superwoman !
Sumber: Ohbulan.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2qc03fg
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2HmZl7j
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment