Friday 9 March 2018

[VIDEO] Padah Terlalu Obses Dengan Mobile Legend, Isteri Tekap Muka Suami Dengan Gam Tikus


Padah terlalu kerap bermain permainan di telefon bimbit, seorang lelaki diberi pengajaran yang akan diingatinya sehingga bila-bila apabila isterinya bertindak melekatkan gam tikus di mukanya, lapor Daily Mail

Difahamkan, si isteri sudah tidak dapat menahan kesabaran dengan si suami yang didakwa kerap mengabaikannya kerana terlalu asyik bermain permainan di telefon bimbit. Lalu si isteri mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu. 

Kejadian itu berlaku di Jiamusi, wilayah Heilongjiang, China, menunjukkan si suami sedang duduk leka bermain permainan di telefon bimbit. 

Si isterinya datang menghampiri dan menunjukkan sekeping kertas yang disapukan dengan gam tikus sebelum ditampal ke muka lelaki itu tanpa ragu-ragu.

Terkejut dengan kejadian itu, si suami terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus itu dari mukanya serta berang dengan perbuatan isterinya yang hanya ketawa melihatnya.






Sumber : The Reporter


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DeAyOU
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ij9TV2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment