Tuesday 13 March 2018

Peniaga Buat Kecoh. Rupa-Rupanya Ini Sebab Kerajaan Nak Roboh Pasar Pasir Puteh


TINDAKAN penguatkuasa Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) cuba merobohkan pasar lama di kawasan itu mengundang kekecohan dalam kalangan peniaga.

Ketika insiden pada Isnin, lebih 300 peniaga bertindak menghalang dua jentolak daripada memulakan kerja-kerja perobohan.

Isu berkenaan mendapat perhatian Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amr Nik Abdullah yang menjelaskan mengenai kekeliruan yang dibangkitkan peniaga.

Katanya, sebuah pasar baharu yang lebih moden telah dibina sejak hampir setahun yang lalu untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

Namun keengganan sebilangan kecil peniaga mematuhi arahan pemindahan telah mencetuskan suasana tegang.


Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ImtDqT
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Iop3bm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment