Friday 16 March 2018

Pengurus Minta Keluarga Elfira Tidak Terus Burukkan Sufian. Dia Seorang Yang Baik Dan Tidak Menipu..


IBARAT rumah siap pahat berbunyi, kisah putus tunang antara Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih menjadi bualan hangat.

Tambahan pula dengan beberapa kenyataan yang dibuat ibu bapa Elfira membuatkan pengurus penyanyi itu tampil membetulkan keadaan.

Sebelum ini. Ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff menerusi akaun Instagram @mamacat2016 memuat naik status mengenai individu yang bersikap tidak baik iaitu melakukan penipuan.

"Dari hari pertama menipu sampailah saat hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah?" tulisnya.

Sementara itu, menerusi status lain, Filzah memuat naik foto berbunyi 'kebohongan adalah awal kehancuran' berserta ayat petikan daripada Hadis Riwayat Bukhari.

"Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan. Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan.

"Berupayalah untuk menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain," tulisnya.

Selain itu dia turut memberi komen berhubung wang hantaran namun tidak dinyatakan perkara itu ditujukan kepada sesiapa dalam menjelaskan wang hantaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Katanya, jika soal wang hantaran menjadi perkara utama, mengapa pihak berkenaan tidak memberitahu lebih awal.

"Kalau kata hantaran tinggi kenapa tidak beritahu awal-awal. Sebenarnya hantaran diminta ialah simpan sehari RM20 dalam AlQuran kali 365 hari agak-agak berapa jumlah sebenar?

"Masa bertunang pun tak guna duit hampa (kamu), mas kahwin pun tak minta duit cuma minta hafal ayat Mulk (surah Al-Mulk) dengan harapan nanti bila nak tidur senang baca tak payah buka Al-Quran," tulisnya.

Pengurus sufian, Mahadhir Mohamad turut mendedahkan Sufian seorang penyanyi yang baik dan tidak menipu seperti didakwa. 

Dia turut mendedahkan keputusan dibuat Sufian untuk bertunang dan berkahwin yang sepatutnya pada bulan Mac semata-mata bagi mengelak salah faham masyarakat disebabkan Elfira sering mengikutnya dalam majlis-majlis tertentu.


Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FDEUoV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FG9fTJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment