Sunday 11 March 2018

'Kerjaya Baru', Pengemis Mampu Raih RM10,000 Sebulan!


Siapa sangka pengemis mampu meraih pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan. Harian Metro melaporkan, pengemis yang aktif di persimpangan lampu isyarat di bandar Johor Bahru mampu meraih hingga RM300 sehari.

Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka sering berpindah lokasi dan menjalankan kegiatan itu pada waktu tertentu.

Hasil siasatan mendapati golongan terbabit melakukan kegiatan itu berikutan masalah hidup dihadapi, kata Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat.

“Ini termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.

“Mereka memilih untuk melakukan aktiviti mengemis di lampu isyarat kerana mampu mendapatkan hasil lebih lumayan.


“Malah, lokasi berkenaan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempak dengan kenderaan penguat kuasa terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya.

Berdasarkan aduan diterima sejak tahun lalu, JKM bertindak menyelamatkan semua yang terbabit termasuk dua wanita Rohingya berusia 30-an bersama empat kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga tiga tahun, serta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dari Vietnam.

Manakala, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 50 hingga 60-an turut diselamatkan.

Hingga kini menurut Normawarni, JKM tiada maklumat yang dapat membuktikan kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.

Siasatan mendapati, kebanyakan yang diselamatkan mengemis bagi kegunaan diri sendiri.

“Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan dan terus menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FBusKj
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2p0Yhhg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment