Thursday 8 March 2018

[Gambar] Terkini: Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skala Richter


KOTA KINABALU 8 Mac - Satu gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau sebentar tadi kira-kira pukul 9.06 malam.

Gempa bumi yang berpunca dari dalam tanah pada kedalaman kira-kira lima kilometer itu menyebabkan kesemua daerah di pantai barat Sabah merasai gegaran antara lima hingga 10 saat.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih mendapatkan maklumat lengkap tentang kejadian itu, namun mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.


Dalam pada itu, Sarawak Edition melaporkan penghuni di Angkasa Apartment KK terpaksa bergegas keluar dari rumah mereka susulan gegaran yang dirasai.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media http://ift.tt/2Fne98c
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oYDYQJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment