Friday 9 March 2018

Elvina Kahwini Datuk Haniff Bukan Kerana Harta Atau Pangkat


Pelakon Elvina Mohamad baru-baru ini mengumumkan yang dia bakal mengahwini seorang usahawan muda yang bergelar Datuk.

Bercakap mengenainya, Elvina, 23 memilih Datuk Haniff Borhan, 32 bukanlah kerana pangkat atau harta namun sebaliknya tertarik dengan karakter dan sifat yang ada padanya.


"Haniff seorang lelaki yang sangat memahami karier saya, dia orang yang simple dan kami ada keserasian dalam banyak perkara.

"Kalau orang kata saya terima dia kerana pangkat dan harta, itu adalah tidak benar kerana saya kenal dia dua tahun lalu sebelum dia bergelar Datuk lagi," katanya kepada mStar Online.

Aktres drama Bila Tuhan Berbisik ini juga menyatakan cinta mereka berputik bila bertemu semula pada tahun lepas dan lelaki tersebut kemudiannya menyatakan hasrat untuk melamarnya.


"Kami dah berkawan pada tahun 2016, tahun lepas baru serius bercinta dan masa sambutan hari jadi saya Januari lalu, dia nyatakan hasrat untuk jadikan isteri.

"Bagi saya faktor jarak usia bukanlah halangan dan tak salah untuk bergelar isteri di usia muda.

"Lagi pula benda baik tak perlu dilambat-lambatkan. Mungkin ini dinamakan jodoh dan kami memilih Mac untuk berkahwin," katanya.

Sementara itu Haniff berkata, "Saya baru sahaja dapat gelaran ini dan dah kenal dia sebelum itu lagi. Jadi tak ada isu tentang harta atau pangkat kerana saya pun sama seperti manusia lain.

"Elvina seorang wanita yang ada perasaan tanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang saya. Sampaikan hal kerja saya pun dia akan sama-sama bantu dan ambil tahu.

"Soal kerjaya seninya, saya tak halang. Dia boleh terus berlakon dan saya tak ada masalah tentang hal itu."

Pernikahan akan berlangsung pada 18 Mac ini di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada Elvina dan Haniff. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DdP2i1
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2FnNXdB
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment