Beberapa hari lepas, pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud ataupun mesra dengan panggilan, Ogy telah meluahkan rasa terkilan terhadap sikap biadap seorang individu yang menghina kerjayanya sebagai anak seni dan cuba untuk menjatuhkan perniagaan “Sambal Goreng Saadiah” beliau.
Walaubagaimanapun, Ogy yang tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan memberitahu beliau sudah pun memaafkan individu tersebut dan menganggap apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT terhadap dirinya.
Saya maafkan dia. Saya wajib memaafkan dia kerana junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri seorang yang pemaaf. Jadi, kenapa saya tidak boleh berlapang dada memaafkannya?. Saya enggan bermusuh dengan dia yang menulis komen sebegitu dan orang lain. Saya mahu hidup tenang dan bahagia.
Pada masa yang sama, Ogy akui beliau sangat menghargai peminatnya yang memberikan beliau semangat dan kata-kata positif apabila beliau berkongsi rasa sedih selepas difitnah dan dihina.
Namun, sebagai pengajaran kepada orang lain agar jangan mudah mengambil kesempatan terhadap golongan seni, Ogy telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara.
Sumber: Utusan Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rGIrqI
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rBwfwc
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment