“Saya harap dapat berada di mahkamah nanti untuk melihat wajah-wajah mereka. Saya nak mereka tahu kemarahan dan kekecewaan yang saya rasakan”.
Demikianlah luahan hati dari seorang ibu yang kehilangan anaknya akibat dibuli sehingga meninggal, Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Luahan itu diluahkan ibu arwah setelah mendengar pertuduhan terhadap mereka yang dituduh membunuh anak sulungnya daripada empat adik-beradik.
Hawa Osman, 54, masih lagi sedang mencuba menerima hakikat mengenai kehilangan anaknya secara tiba-tiba. Dalam masa yang sama, beliau juga mahukan keadilan diatas kematian Zulfarhan dan menerima hukuman yang setimpal.
“Mereka tak rasa apa-apa ke masa mereka seksa anak saya begitu? Saya harap mereka terima hukuman yang selayaknya,” ujarnya lagi, memetik laporan NST online.
Luahan yang diluahkan ibu Zulfarhan setelah ditanya mengenai lima pelajar universiti yang didakwa membunuh di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh. Zulfarhan Osman meninggal dunia setelah diserang dan dibuli oleh sekumpulan pelajar selepas disyaki mencuri sebuah komputer riba. Zulfarhan Osman dikhabarkan meninggal dunia pada 1 Jun jam 9.00 pagi di Hospital Serdang.
Hawa yang juga merupakan seorang Pembantu Tadbir di SMK Aminuddin Baki berkata dia menerima kematian dan kehilangan Zulfarhan sebagai ketetapan Allah namun dia juga mempersoalkan mengapa anaknya perlu diserang ganas seperti itu sehingga mengakibatkan kematian dan berlaku pembunuhan.
Hawa juga menyatakan perkara yang berlaku pada Zulfarhan disembunyikan dari keluarganya dan juga tidak diberitahu tentang apa yang terjadi pada anaknya sehinggalah anaknya meninggal dunia baru diberitahu.
“Apa punca sebenar? Mengapa dia diseksa tanpa belas kasihan? Kesan melecur pada jasadnya ada di depan badan hingga ke belakang”, luahnya.
Hawa menerima pemergian anaknya namun tidak menerima cara penyeksaan yang dilakukan terhadap Zulfarhan oleh mereka.
“Saya boleh menerima tragedi ini tetapi cara mereka mencederakan dia tidak berperikemanusiaan. Dia melecur 80 peratus di badannya, apakah mereka langsung tiada rasa simpati?
“Sekurang-kurangnya bila sesuatu sebegitu terjadi pada seseorang, dia dihantar ke hospital untuk dirawat. Ini langsung tiada hati perut. Saya harap pertuduhan di bawah Seksyen 310 Kanun Keseksaan dikekalkan”, luah Hawa lagi.
Dia dan ahli keluarga yang lain juga tetap mahukan keadilan untuk kematian Zulfarhan.
Harapan seorang ibu yang menginginkan yang terbaik untuk anaknya, sama juga seperti ibu Zulfarhan yang memgharapkan pengakhiran yang baik berlaku pada kehidupan anaknya namun tidak tercapai.
“Dia anak harapan saya. Saya mahu lihat dia berjaya. Saya mahu lihat dia berkahwin.
“Saya berdoa untuk Farhan setiap hari. dengan Hari Raya yang makin hampir, kami selalu teringatkan dia. Adik-adiknya merinduinya,” luah Hawa.
Hati ibu mana yang tidak sedih dan meratapi dengan pemergian anak yang tersayang tambahan pula pergi dengan cara yang diseksa seperti itu. Semoga keadilan ada buat arwah Zulfarhan Osman.
Sumber: Kisah Dunia
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sIoS63
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2rG6pHx
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment