Pernah tak anda masa tengah syok layan youtube, tonton movie, atau mesej rakan-rakan tiba-tiba rangkaian terputus? Bila semak balik modem unifi, tak ada apa pun masalah, yang semestinya anda akan off suis moden dan buka balik selepas beberapa saat kan? Tapi malangnya, line masih slow atau terus diconnected.
Jadi disini admin kongsikan jalan penyelesaian kalau anda malas nak hubungi khidmat pelanggan TM Unifi. Tahu sajalah nak tunggu call masuk pon dah makan masa, baik cuba sendiri dulu kan?
Caranya adalah dengan membaiki semula DNS tersebut, ikuti langkah yang disediakan ini untuk kendalinya.
#1- Buka browser, taip 192.168.0.1 pada address bar dan tekan Enter
Login page dengan menggunakan username & password seperti ini:
* Username: operator
* Password: h566UniFi
#2- Masuk ke bahagian Setup
Lihat disebelah kiri, klik pada WAN. Wan Configuration. Selepas itu, anda akan dapat melihat Protocol PPPoe dibarisan pertama jadual. Di bahagian column Action, tekan butang Edit
#3- Skrol kebawah samapai anda dapat lihat perkataaan DNS (DOmanin NAme Server). Tukarkan mode asal dari Auto ke Manual.
Setkan DNS seperti berikut
* domain name server (Primary) IP: 8.8.8.8
* domain name server (Secondary) IP: 8.8.4.4
#4- Skrol kebawah lagi sampai dihujung dan klik Apply
Sekarang anda boleh cuba surf semula. Kalau boleh masuk tu maknanya setting yang anda buat tu berjayalah. Kalau tak boleh juga, mungkin ada 1-2 step yang salah ikut. Oh ya, untuk pengguna router lama 2014 kebawah, mungkin ada sikit lain caranya. tapi takpa dari masa ke semasa admin akan share lagi untuk moden 2014 kebawah ye.
Selamat mencuba !
Sumber: Nakbebel
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rtfDCM
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sf7Nzd
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment