Sunday, 18 June 2017

Doktor Beri Sebab Mengapa Suspek Bunuh Zulfarhan Wajar Dihukum Gantung


Seorang doktor yang menggunakan nama samaran @hafizsuratman di laman sosial Instagram menceritakan mengapa suspek pembunuhan arwah Zulfarhan wajar berdepan hukuman gantung.


Hasil bedah siasat melaporkan arwah Zulfarhan mengalami kesan lecur terbakar di seluruh badan bahagian hadapan, tangan kanan dan kiri, bahagian kemaluan, kedua-dua belah kaki depan dan belakang badan yang didakwa menggunakan seterika wap. Punca kematian arwah dilaporkan berpunca daripada 80% kesan lecur tahap dua dan tiga.

Menurut doktor berusia 26 tahun itu, beliau memaklumkan bahawa kematian kesan lecur tahap ketiga bukanlah disebabkan arwah tidak dapat menahan sakit terbakar. Tetapi, kesan lecur tahap ketiga membawa maksud bahawa lapisan kulit sudah tiada akibat kesan terbakar dan saraf-saraf yang mengenalpasti rasa sakit yang berada di bawah kulit sudah tiada lagi untuk mengesan rasa sakit.


Secara umumnya, doktor berkenaan memberitahu bahawa arwah tidak merasa sakit pada bahagian kesan lecur tahap ketiga, tetapi mungkin hanya merasa kesakitan di bahagian hujung-hujung luka yang masih mempunyai reseptor sakit (pain receptors). Pesakit yang melecur hanya akan merasa kesakitan apabila merasai kesan lecur tahap kedua dan ketiga sahaja.


Doktor tersebut menambahkan lagi bahawa kematian kesan lecur tahap ketiga adalah disebabkan kehilangan cecair dalam badan daripada salur-salur yang sudah rosak. Ini menyebabkan badan mudah terkena kejutan dan jangkitan kuman memandangkan lapisan kulit yang bertindak sebagai pelindung sudah tiada. Kejutan dan jangkitan kuman akhirnya boleh menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman yang lain di dalam badan.

Pesakit yang mengalami tahap lecur yang sedemikian rupa sepatutnya dibawa ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan doktor. Tetapi tindakan suspek-suspek yang melambat-lambatkan penghantaran arwah ke hospital membawa kepada kematian arwah.

Di akhir entri, doktor berkenaan menyatakan perasaannya yang terkesan dengan peristiwa ini dan mendoakan kesejahteraan buat arwah Zulfarhan.

Sumber: Kisah Dunia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rKRzKK
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sfVzXa
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment