Saturday, 7 March 2020

Terkini: 10 Kes Baharu Positif Covid-19 Di Malaysia


Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 7 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 10 kes baharu (kes ke-84 hingga kes ke-93) jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

Dengan pertambahan 10 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes. Kes-kes positif ini adalah dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat, dan Misi Bantuan Kemanusiaan. Daripada jumlah ini, 75 orang adalah warganegara Malaysia, 15 orang adalah warganegara China dan tiga (3) orang adalah lain-lain warganegara (iaitu Amerika Syarikat, Jepun serta Itali).


NASIHAT KESIHATAN

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).

Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer. Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.

Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini. Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2Iubs3w
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cEDzek
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment