Nama Syifa Melvin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas adik ipar Shaheizy Sam itu dipercayai menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor, Safawi Rasid, merudum.
Belum lagi reda dengan isu tersebut, Syifa terus dihimpit kontroversi panas lagi apabila didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT. Tular satu video dimana adik kepada Syatilla Melvin itu sedang mempromosikan koleksi turban.
Namun apa yang menimbulkan kemarahan ramai apabila Syifa mengatakan sesiapa sahaja yang memakai turban tersebut secara automatik akan nampak mewah dan mahal meskipun duduk di rumah setinggan dan PPRT.
Seperti sudah dijangka kenyataan Syifat itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan kata-kata pelakon itu sangat biadap dan seolah merendahkan golongan tidak berkemampuan.
Kau hengat kau pakai tudung mcm hantu bungkus tu kau nampak kaya ??? Org pprt or setinggan pun x siorrr pakai cmtu. Dah la fefelinggg mcm uols The Kadarshian of Malaysia. Wekk.— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) March 5, 2020
pic.twitter.com/g6Zb7XwBTk
Malah, ramai yang mengatakan kenyataan Syifa itu sangat bongkak. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ramai sahaja yang berjaya berasal dari rumah setinggan dan tidak perlulah sampai menghina.
Mungkin niat untuk melawak, tetapi rasanya boleh sahaja gunakan ayat lebih ‘sopan’. Apa pun diharap selepas ini Syifa lebih berhati-hati dan lebih sensitif apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan bimbang ia boleh mengguris hati orang ramai.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media https://ift.tt/3cCDmrW
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2PS4VE9
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment