Sunday 22 March 2020

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan Dari 3 Bulan Kepada 6 Bulan - PM


Kerajaan bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari tiga kepada enam bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN. 


Selain daripada inisiatif-inisiarif yang telah diumumkan, kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah tambahan untuk membantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar pada waktu ini.

Dalam situasi krisis yang sedang melanda negara kita pada waktu ini, yang paling penting kita hendaklah sentiasa bermuafakat, berganding bahu dan cekal dalam mencari penyelesaian kepada setiap masalah yang kita hadapi.  

Bulat air kerana pembentung Bulat manusia kerana muafakat 

Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing 



from Sehinggit Media https://ift.tt/399kmP2
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bmGVBo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment