Sunday 22 March 2020

Malaysia Catat 10 Kematian Akibat COVID-19. Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif


Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad (22 Mac 2020) sebanyak 10 kes.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.

Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis


Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia. 

25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pd 22 Mac 2020. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Terdapat 123 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif #COVID19 meningkat 1,306.



Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/399uAil
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2U8pmiA
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment