Friday 20 March 2020

"Luar Biasa", Agong Sendiri Turun Padang Pantau Sambil Nasihatkan Orang Ramai Sekitar KL


Baru sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan anakandanya telah mencemar duli dengan memandu kenderaan di sekitar Kuala Lumpur untuk tinjau sendiri keadaan selepas hari ke-3 Perintah Kawalan Bergerak dilaksanakan.

Bukan tu je, YDPA turut join pasukan polis yang tengah buat roadblock di Jalan Semantan, Jalan Hartamas dan Jalan Tun HS Lee untuk tengok sendiri macam mana operasi dijalankan serta memberi nasihat kepada orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan untuk duduk di rumah.

Menurut Harian Metro, YDPA mengatakan, baginda melihat banyak lagi kenderaan di atas jalan raya dan ini bukanlah sesuatu yang baik.


Saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin kerana ia untuk kebaikan bersama masyarakat dan Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.”


Baginda juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada pasukan polis yang sanggup bertugas bagi membendung wabak Covid-19 ini dari terus merebak.


Netizen juga sangat terharu dengan tindakan YDPA yang sanggup turun padang untuk nasihatkan sendiri rakyat Malaysia.


Daulat tuanku!

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3a2al7o
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33zU6fC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment