Friday 20 March 2020

Letih Rawat Macam-Macam Pesakit, Ustaz Ebit Lew Belanja KFC Bagi Petugas Hospital


Melihat pengorbanan petugas perubatan yang bertungkus lumus merawat pesakit positif Covid-19 di hospital, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil memberikan sumbangan KFC kepada mereka.

Menerusi laman Instagram, beliau memuat naik rakaman pendek ketika membeli makanan segera itu sebelum tiba di hadapan Hospital Sungai Buloh untuk diedarkan.

“Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan di sini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas,” tulisnya.



Menurut Ebit, petugas perubatan telah memikul tanggungjawab sebaiknya walaupun terdedah dengan pelbagai risiko berbahaya.



View this post on Instagram

Pergi beli kfc belanja staf hospital sg buloh. Sayang mereka sangat. Mendengar ramai kawan-kawan juga sedang kuarantin diri melalui saringan disini. Doa dari jauh jer. Ya Allah. Sayu jer tengok yang jaga kaunter di kecemasan dan yang bertugas di saringan covid 19. Saya yang tengok kaunter depan tu jer dah berdebar. Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalasinya. Walau mereka juga pasti risau takut macam-macam fikir. Mereka akan berusaha sehabisnya untuk menjaga diri dengan mask dan pakaian khasnya. Dan meletakkan keyakinan dan penyerahan pada Allah. Itulah ubat pejuang seperti mereka. Buat orang ramai satu jer ubat ya sekarang..duduk dirumah. Kuarantin diri masing-masing dekat rumah. 2minggu ni terus jangan keluar kecuali kecemasan dan tanggungjawab. Ya Allah disini ramai orang saya sayangi dikuarantin. Jagakanlah mereka semua. Sembuhkanlah mereka ya Allah. Yang diicu selamatkan mereka ya Allah. Segera sembuhkan mereka. Berilah keajaiban mu. Hilangkanlah wabak virus covid 19 di seluruh Malaysia dan dunia ya Allah-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


“Nak keluar rumah takut. Tapi apa yang buat mereka berani. Kerana tanggungjawab dan mereka tahu ini semua jihad. Hanya Allah yang membalas,” katanya.

Mereka berserah pada Allah


Beliau turut mendoakan agar semua individu yang menempuhi situasi ini terus kuat dan segera sembuh selain berharap Covid-19 akan ‘lenyap’ dari muka bumi ini.

Sumber : Ebit Lew via https://ohmymedia.cc/

from Sehinggit Media https://ift.tt/3aeRxCc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bdfREh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment