Tuesday 24 March 2020

Jatuh Semasa Berehat Ketika Op COVID-19, Anggota Polis Meninggal Dunia


Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid-19 telah meninggal dunia. Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi.

Menurut laman rasmi Polis Kota Setar, Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni dari Balai Polis Anak Bukit telah terjatuh ketika berehat selepas bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 pada 21 Mac yang lalu.

Kejadian berlaku sebelum Allahyarham menyambung tugasan seterusnya, tulis laman berkenaan.

Lantaran itu, orang ramai mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan buat roh beliau.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata anggota terbabit, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi, selepas tiga hari menerima rawatan.

Mohd Rozi berkata, anggotanya itu meninggal dunia bukan akibat dijangkiti COVID-19 tetapi mengalami tekanan darah tinggi.

Salam takziah buat keluarga arwah


“Kami rakyat Malaysia mohon maaf kepada keluarga beliau. Beliau jaga kami dan negara kita. Wahai rakyat Malaysia, tolong kekal di rumah..”


Takziah buat keluarga dan sahabat beliau. Semoga Allah tempatkan roh Koperal Mohd Masri Maguni dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3afMK3k
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/397YNOM
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment