Kementerian Pertahanan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan sebentar tadi.
Menurut Ismail, pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan.
Katanya, masih ramai yang tidak mempedulikan arahan kerajaan termasuk arahan polis untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sebagai usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.
Pada masa sama, kerajaan juga tidak berniat untuk mengumumkan darurat seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara selama dua minggu bermula pada 18 Mac lalu.
Perintah Kawalan Pergerakan ini memerlukan kerjasama rakyat agar tidak bergerak ke merata-rata tempat kecuali melibatkan urusan penting.
Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi #PerintahKawalanPergerakan mulai Ahad - @IsmailSabri60 pic.twitter.com/VRguv4sHkO— BERNAMA (@bernamadotcom) March 20, 2020
Sumber: https://ift.tt/2WqKJgB
from Sehinggit Media https://ift.tt/2xM1ubF
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xdsnVC
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment