Sunday 22 March 2020

Hari Kelima Perintah Kawalan Pergerakan, Masih Ramai Degil & Keras Kepala Berjoging Di Luar


Telah masuk hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan, dan kini Angkatan Tentera Malaysia juga telah bekerjasama dengan pihak polis untuk memantau pergerakan rakyat Malaysia.

Tetapi dalam pada itu, sebenarnya masih ramai lagi segelintir masyarakat yang tetap berdegil tidak mahu mengikut arahan supaya jangan keluar di rumah jika tiada sebab yang penting.

Degil juga nak pergi joging


Menerusi satu perkongsian di Facebook, dilihat masih ramai individu yang tetap keluar rumah untuk pergi bersenam, sedangkan tindakan itu kini dilarang sama sekali.

Lihat sahajalah beberapa foto yang dikongsikan ini, kelihatan masih melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Sepatutnya kini, kita perlu menghadkan sebarang aktivti sosial walaupun hanya pergi bersenam.


Jangkitan dan kematian makin bertambah

Dalam tempoh belum sampai dua minggu, jumlah jangkitan COVID-19 naik mendadak, begitu juga dengan kes kematian yang melibatkan virus ini.


Fikir diri tu betul sangat

Sikap seperti ini memang mengundang rasa marah orang ramai, tindakan mereka sebenarnya menambahkan lagi risiko jangkitan COVID-19.




Jadi berhentilah bersikap mementingkan diri, susah sangat ke nak mengikut arahan agar jangan keluar rumah dan elakkan aktiviti sosial demi memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber : Suek bro via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2J6IwPx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aeuZl0
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment