Wednesday 18 March 2020

Foto Petugas Kesihatan Di Hubei Gembira Selepas Tiada Lagi Kes COVID-19 Dilaporkan


Wuhan, 18 Mac –  Selama dua hari berturut-turut, suruhanjaya kesihatan Hubei mengesahkan tiada kes suspek jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di wilayah itu.

Menurut Xinhua, wilayah yang menjadi pusat permulaan penularan wabak itu juga bebas kes disyaki pada hari ini.

Berdasarkan laporan itu, tiada kes baru COVID-19 dicatatkan di 16 bandar selain Wuhan dalam tempoh 13 hari berturut-turut.



Penurunan kes itu dipercayai bertitik tolak daripada kejayaan langkah agresif kuarantin di negara berkenaan, kata penolong pengarah Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward.

Namun tambahnya, kejayaan itu turut bergantung kepada pelaksanaan ujian saringan COVID-19 yang ekstensif di negara berkenaan.





Sumber: Siakapkeli.my

from Sehinggit Media https://ift.tt/33A5iIX
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2w9W1eA
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment