Sunday 22 March 2020

Doktor Bidas Pengasas Kosmetik 'Tukar Karier' Buat Hand Sanitizer, Berkeliaran Cari Pelanggan


DALAM waktu-waktu genting seperti ini, nampaknya masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer tiruan.

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pelbagai jenama hand sanitizer 'muncul' dalam pelbagai saiz dan rancak kini dijual secara dalam talian.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Rusyainie Ramli, beliau terkejut melihat timeline Facebook yang mana terdapat pihak yang membuat hand sanitizer di rumah kemudian dipek dalam botol kecil untuk dijual.

"Berani betul buat sendiri di rumah sedangkan 'ethanol' adalah bahan yang mudah meruwap dan boleh terbakar.

"Hand sanitizer wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kalau tiada nombor pendaftaran kemungkinan ia adalah tiruan," ujar pegawai perubatan kanan Angkatan Tentera Malaysia itu.


Dr Rusyainie juga mengecam tindakan segelintir pengasas produk kosmetik yang secara tiba-tiba menghasilkan hand sanitizer disebabkan permintaan yang tinggi.

"Pengasas sebegini tidak akan boleh menjual produk mereka di farmasi kerana tidak berdaftar, maka di media sosial mereka berkeliaran mencari pelanggan.

"Kebiasannya, netizen yang terdesak dan mudah diperdaya akan membeli produk tiruan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang awam agar mengikuti perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya duduk di rumah.

"Jika anda duduk di rumah, basuh tangan menggunakan sabun dan air sahaja sudah mencukupi. Saya pelik orang cari hand sanitizer seolah nak digunakan untuk mandi.

"Campuran kimia dalam tu pun kita tidak tahu, mungkin beri kesan sampingan seperti iritasi dan alahan," beritahunya yang kini memiliki lebih 220,000 pengikut di Facebook.

Posting yang sehingga kini mendapat lebih daripada 2,000 perkongsian dan 1,500 tanda suka itu turut dipersetujui netizen bahawa menjual hand sanitizer tiruan adalah satu tindakan yang tidak wajar.

"Lagi dahsyat ada yang cetak pelekat Dettol lepas tu tampal di botol minyak gamat," tulis seorang pengguna Facebook.

"Saya setuju, stok hand sanitizer di farmasi pun susah nak restock, inikan pula di pasaran biasa. Harap-harap tiada yang terpedaya," tambah netizen lain.

"Ada pengasas yang terdesak nak cakap produk dia sah sampai tunjuk screen shot (tangkapan skrin) dengan pengarah KKM. Banyak pula masa pengarah KKM nak layan dia," tulis seorang gadis.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UeV79T
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2U9Lx7S
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment