Saturday 21 March 2020

Covid-19 Uji Negara Kita, Masyarakat Di Palestin Tadah Tangan Titip Doa Buat Malaysia


Kemelut yang melanda dunia berkaitan Covid-19 ini sememangnya amat menakutkan. Peningkatan kes yang agar tinggi setiap hari di Malaysia bukan sahaja menggusarkan, malahan turut merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Di negara ini sudah mencatatkan enam kematian dan ribuan lagi disahkan positif. Ini menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai kes positif Covid-19 yang ramai.

Tadah tangan doakan Malaysia

Susulan daripada khabar duka dari Malaysia ini, Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid di Facebooknya telah muat naik satu video yang diperoleh daripada masyarakat Palestin yang mendoakan kesejahteraan buat Malaysia.


Para wanita Palestin itu dilihat duduk sambil menadah tangan dan berdoa agar isu Covid-19 yang sedang melanda Malaysia dapat ditangani.


Masih ada yang menyayangi bumi bertuah kita


Susulan daripada video tular tersebut, rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video itu telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas ikhtiar serta doa itu.

Masing-masing mengakui berasa terharu kerana ketika Malaysia sedang diuji pula, masyarakat Palestin tidak pernah melupakan negara kecil ini.


Terima kasih saudaraku


Rasa terharu sangat


Sumber : Prof Dr Zainur Rashid via https://borakdaily.com/


from Sehinggit Media https://ift.tt/33zlfPu
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bgKqJy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment