Monday 23 March 2020

Cara Mohon Pengeluaran Wang i-Lestari KWSP, Maksimum RM500 Sebulan Selama 1 Tahun


KUALA LUMPUR- Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari boleh menggunakan tiga kaedah yang telah ditetapkan.

Ahli perlu mengemukakan borang yang telah lengkap diisi secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); atau menghantar e-mel ke ilestarimohon@epf.gov.my atau secara pos ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci, No. 22, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (iLestari). Untuk maklumat lanjut. Layari laman web: www.epf.gov.my

KAEDAH PENGELUARAN i-LESTARI 

1. Secara Online

e-Pengeluaran melalui i-Akaun (Layari https://www.kwsp.gov.my)
Pendaftaran bermula 1 Mei 2020
Akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja


2. Melalui Emel

Pendaftaran bermula 1 April 2020 : ilestarimohon@epf.gov.my
Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

3. Secara Pos

Pendaftaran bermula 1 April 2020
Memakan masa lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

Dalam satu set soalan lazim mengenai Pengeluaran i-Lestari yang dikongsikan Kementerian Kewangan, ahli hanya perlu membuat permohonan sekali sahaja tetapi pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli.

Bayaran pengeluaran akan mula dibuat pada Mei 2020.

Berikut adalah butiran lanjut soalan lazim mengenai pengeluaran i-Lestari:-









from Sehinggit Media https://ift.tt/2Jbqk7r
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WEcVge
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment