Tuesday 24 March 2020

Agong Titah Agar Rakyat Dirikan Solat Hajat Menolak Wabak COVID-19


SERUAN SOLAT HAJAT KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menitahkan agar rakyat jelata masing-masing mendirikan Solat Hajat khusus menolak wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita pada masa kini.

Oleh itu, saya amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.


Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:

i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.

iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.

iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).

v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)

Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.

Sekian, terima kasih.




from Sehinggit Media https://ift.tt/2UdUzAM
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33Kr1hf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment