Monday 23 March 2020

20 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh & Dibenarkan Pulang Hari Ini


Terdapat 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada 23 Mac 2020. Jumlah keseluruhan yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 159 kes.

212 kes baru dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah positif di Malaysia sebanyak 1,518 kes. Daripada jumlah baru ini, 123 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.

57 kes positif COVID19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. 27 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.


Setakat ini, 940 daripada 1,518 kes positif keseluruhan atau bersamaan 62% adalah kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling. 

Justeru, KKM menyeru jemaah tabligh yang belum melakukan saringan kesihatan, segera berbuat demikian. 

Mereka akan disaring walaupun tiada simptom.

Sehingga kini, 4 kes kematian baru dilaporkan.


Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WBjjVi
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3992Mux
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment