Friday 20 March 2020

15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Setakat Ini, Seorang Dirawat Di ICU

Gambar Hiasan
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 15 petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia telah dijangkiti virus COVID-19 setakat ini.

Menurut satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun media sosialnya, 12 daripada petugas kesihatan itu adalah kakitangan KKM manakala 3 lagi daripada sektor kesihatan swasta.

“Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19”, tulisnya.

Tambahnya lagi, salah seorang daripada petugas kesihatan KKM itu kini sedang dirawat di wad ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memandang serius ancaman yang dibawa virus ini serta patuh pada arahan kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak ini.


“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini”, ujarnya.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah.”


Sumber: Noor Hisham Abdullah via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2J7YWqF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33AlYzS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment