Thursday 19 March 2020

110 Kes Terbaru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia, Jumlah Keseluruhan 900 Kes


KUALA LUMPUR: Sebanyak 110 kes baharu jangkitan koronavirus (COVID-19) direkodkan setakat pukul 12 tengah hari pada Khamis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling manakala 47 kes lagi adalah dari kluster kecil.

Beliau berkata, penambahan kes jangkitan itu menjadikan jumlah kes positif  COVID-19 adalah sebanyak 900 kes.

“Kita juga ingin maklumkan bahawa terdapat 15 kes telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 75 kes.


“Sebanyak 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di sini.

Dalam pada itu, Adham berkata, Selangor mencatatkan kes jangkitan COVID-19 paling tinggi dengan jumlah 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123 kes); Sabah (112 kes); Johor (101 kes); Negeri Sembilan (55 kes) dan Sarawak 52 kes.

“Diikuti Kelantan sebanyak 44 kes; Kedah (40 kes); Perak (35 kes); Pulau Pinang (32 kes); Pahang (32 kes); Terengganu (11 kes); Perlis (9 kes); Putrajaya (6 kes) dan Wilayah Persekutan sebanyak 5 kes;” jelasnya.


Sumber: KKM / Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Wr3PD6
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2waGPxO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment